02 November 2012

makna atau hanya sekadar mainan?

assalamualaikum dan selamat pagi..
sudah masuk bulan november kan..pejam celik pejam celik sekajap je dah 2 bulan aku bekerja..sebenarnya sudah 2 malam aku bermimpi buruk..takut juga dgn mimpi itu..adakah mempunyai maksud tersembunyi atau sekadar mainan tidur? kadang terasa keluhkesah pula..hendak kuabaikan tapi makin kerap pula menggangu malamku..apa ini? puas aku google maksud mimpi tersebut..tapi macam merepek je..sape pula yang ***** aku? teman pon tiada inikan pula kekasih hati...hahaha
buat masa ini abaikan saja lah..wait and see ;p

25 October 2012

rewards

hye all..

i would like to share some information about reward..Maybe u have seen this pepatah before, "what u give u will get back"..now, i believe that words..
actually i'm here to say more about sin..yes! buat baik dibalas baik..buat jahat Allah masih ampunkan dosa kita..
the reward will come now or later with or without we know..thats mean, apa saja yang kita lakukan pasti akan mendapat pembalasan juga..maka beringatlah, apa sahaja yang kita lakukan Allah maha mengetahui..
"Mati hati seseorang itu sekiranya ia sudah tidak gentar/takut dengan balasan tuhan"..maka dengan itu, marilah kita hidupkan kembali hati2 yg telah pengsan ini..
"keindahan dunia hanya sementara, kembalilah kepada Allah yang maha esa"

*mudah-mudahan hati ini kembali mekar bersinar indah dengan zikir dan basmalah..insyaallah..

16 October 2012

G-Day 2011/2012

Assalamualaikum sekalian manusia dan makhluk Allah..

Alhamdulillah aku panjatkan infiniti kesyukuran kepadamu kerana telah memakbulkan permintaan aku..akhirnya setelah bertungkus-lumus, berhempas pulas selama berada di Universiti Malaya, aku berjaya graduasi pada tahun ini..

Tarikh keramat yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba jua.. 4 Oktober 2012 sungguh bermakna buat aku..dengan langkah penuh bergaya dan penuh erti serta penuh kesyukuran aku menerima segulung ijazah dari pro canselor 3 UM..syukur sangat2..

Dengan ini aku sekarang sudah bergelar Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik.. Memang ini yang aku impikan dari dulu..sejak kecil diri ini sudah terdidik untuk meminati bidang matematik.Alhamdulillah berkat doa semua org aku berjaya sampai ke tahap ini..

Terima kasih aku ucapkan kepada mak, abah, kaklong, abg ngah, abg fadil, kak wani dan anak2 buah aku kerana x putus2 memberi harapan dan  mendoakan kejayaan aku. Terima Kasih!! Buat semua pensyarah yg pernah mengajar aku secara langsung ataupon tidak aku ucapkan terima kasih..Aku sayang semua pensyarah aku..Buat rakan seperjuangan intake 2007/2008 dan juga intake 2008/2009 terima kasih banyak memberi tunjuk ajar..Buat sahabat2 PALAPES yang sentiasa memberi sokongan padu terima kasih kalian!Kalian sahabat sejati.. Dan untuk sesiapa sahaja yg pernah memberi tunjuk ajar dan x putus2 mendoakan aku, terima kasih juga!! LOVE u ALL..

Buat tatapan kalian semua,
bersama coursemate 

oversea ni UK

wahh..pandang ape tu?

Ini saya!!!

berjalan penuh gaya~

my family..abah,mak,kaklong,abgngah,adik

riang bersama~

saya lagi!! ^_^

celebrate with palapesian and cake

ketawa bersama, menangis bersama..kami ROTU UM

Sekian.
Aku dah graduasi!!!! Yahuuuuuuuu...











25 September 2012

aku kau dan dia


saja nak post lagu nih..

Maafkanlah diriku ini
perpisahanku ini
semua kutahu sayang kau kepadaku
tapi semua tak mungkin
oh sayangku peluk aku
lupa jua kenangan lalu
tiada kupinta oh jadi begini
oh kasih pahamilah

Korus:
Maafkanlah maafkanlah diriku
walau kau masih di hatiku
oh tinggalkan tinggalkan diriku
sayang maafkanlah diriku

Kutahu sakitnya hatimu
tapi percayalah padaku
kau akan menemui teman yang baru
yang kan lebih sayangimu

Ulang Korus

Tiada guna kau merayu lagi kasih
karna ku kini telah berdua

Ulang Korus

14 September 2012

cinta itu buta

assalamualaikum semua..

kali ini aku membawa topik cinta..tapi cinta itu buta..iye semua kawan2..cinta itu sememangnya buta..cinta mana ade mata nak tengok kan? ermm ada yang sanggup bercinta jarak jauh..ade yang sanggup bercinta melalui internet..perkenalan di alam maya..katanya indah..ye mungkin indah! tapi mana kita taw, entah2 indah khabar dari rupa =)

ermm..lagi aku katakan buta kerana ade yang sanggup berhabis duit $$ semata-mata untuk bergayut setiap malam bersama kekasih tersayang..ade yang sanggup menghabiskan masa weekend dengan pergi berdating bersama boifren/girlfren tercinta..konon2nya cinta..
*kan sudah sy katakan..cinta itu buta*

erm ada lagi yang hanya mampu mencintai seseorang dari jauh! ia itu dinamakan cinta tetapi xdapat memiliki!! ade juga yang sanggup bermadu dalam percintaan..eh!, aku ingat kahwin je ade madu2 ni..xsangka cinta pon ada madu2 jugak yea..hurmm macam2..xpelah~ as long as semua org yg bercinta tu bahagia sudahlah..kan?

bagi aku pula--> dah lama tidak bercinta..bukan x mahu..dan bukan tiada siapa mahu..tapi entah..mungkin kenagan lama menggamit perasaan..dan menyebabkan susah untuk aku menerima cinta baru..aku hanya beranggapan alaa, ini cuma mainan perasaan..bukannya aku cinta padamu..hilang kamu di depan mata, maka hilang juga cinta itu..ahaa bagi yang x serik2 mahu "cinta" aku, nah kejap lagi aku bagi tips macam mana nak menangi hati perempuan..hahahaha

oh yea..by the way..bagi sapa2 yg sedang dilamun cinta, jangan terlalu taksub dengan cinta ok!!

ini tips menangi hati perempuan

  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi.
  • Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. .
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
  • Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

buat kamu di luar sana, selamat berusaha memenangi hati wanita pilihanmu~ terimakasih..hehehe

p/s oh aku ada presentation sebentar lagi..doakan aku x gugup peace (y)

05 September 2012

episod baru

salam..

alhamdulillah..segala penat lelah selama 8 minggu internship telah terbayar dengan cuti raya dan sedikit elaun dari mr Akram..hurmm bestnya raya!! wink3 ;)

Terima kasih kepada semua yg terlibat semasa LI hari tu..dan juga bos yg sgt baik..tq boss!!

Alhamdulillah raya menjelma dan berjaya menyambut raya bersama family..cuma abah aje yg tibe admit hospital ms raya ketiga..ohh sedih :(

10 hari abah di wad..sakit gout, batu karang, buah pinggang rosak dan juga ada darah tinggi.. penyakit berantai..banyak sangat sakitnya..doakan abah saya sehat ye :)

ahad lalu..2 sept berat hati balik kl..serius..sbb abah sakit..dia xleh jalan..syukur ada kerusi roda membantu pergerakan abah ke mana2..hurmm selasa pagi kaklong bw abah berubat kampung di melaka..moga2 penyakit batu karang abah berkurang la yea..

dan isnin 3 sept, bermulalah episod baru dalam hidupku..yang mana aku bukan lagi seorang pelajar..aku sudah menjadi seorang pekerja..bertempat di Petaling Jaya seksyen 14..dan jawatan aku disini sebagai Junior Application Speciallist..bunyi pelik..bunyi gah! tapi bekerja dengan teknologi..calculator dan software..huishh!! takot kan??

Fisrt day datang aku dapat meja, kerusi empuk, lappy jenama HP, access card dan of course calculator TI-84 Plus.. oh yeahh..bekerja lah aku dengan calculator..dah 3 hari mengadap calculator baru nih..jakun siot!! hahaha dan minggu depan hari jumaat ade presentation..huishh mudah2an semuanya ok..

doakan saya tabah mengharungi kehidupan baru!! dan xlupa tolong doakan kesejahteraan abah saya ye..tq u all..

with love..
immjeff


01 August 2012

happy friendship day G12

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Kawan-kawan..especially G12..korang ingat tak lagi hari ni hari ape?? hari ni la hari kawan sedunia. Masih segar dalam ingatan aku kita saling bertukar-tukar kad..semuanya hand making rite? ada warna merah, pink, hijau, kuning, hitam...ish banayak lagi la warnanya..korang taw, aku masih simpan elok kad korang tu..dengan kad raya pon aku simpan..


Kalau tengok balik, memang nak tergelak pon ade..tapi serius aku rindu korang G12. Korang la sahabat aku bernakal-nakal di sekolah..aicehh sahabat bersama main kejar-kejar dgn cikgu..sama-sama ponteng prep..oh dan satu lagi sama-sama pg mandi kat kolah time xde air kat aspuri..kannn?? 

Eh diam tak diam dah 2 org dr G12 selamat mendirikan rumahtangga..aku doakan agar kalian bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah hendaknya..oh yea buat farra dyla yg bakal berkahwin november ni, aku ucapkan tahniah! advanced speech unt dyla..hehe buat rakan-rakan lain yang nak mendirikan masjid silalah jemput aku yea..

oh dan yea, aku dan salmi bakal graduasi bulan oktober ini..jd kamu semua datanglah meraikan kami..hik2 excited lebih nak konvo nih..erm dan yea semoga semua murah rezeki..selamat berpuasa kawan-kawan..
--> advance speech "selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin"


nak wish lagi.. HAPPY BIRTHDAY IZDIHAR..