31 December 2012

hari terakhir 2012

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di alam maya...syukur untuk nikmat kehidupan yang diberikan..sedari jam 0350 aku terjaga..mungkin mimpi mengganggu lenaku. Apapon aku sudah tidak boleh melelapkan mata ni..

Kerap terfikir dugaan apakah yang melanda ni..badai apa yang hadir..atau hanya sekadar angan2 mat jenin? Huhu berat2 untuk menggalas beban..tapak yang telah tersemat di hati ni mcm konkrit kerasnya..susah mahu diubahsuai..

Apapon ini hari terakhir dalam tahun 2012..tahun yang memberi byk kngan dlm kehidupan..aku menjadi seorang graduan...aku mendapat pkerjaan pertama ak sebelum tarikh graduasi..aku mendapat 1 pngajaran bermakna dlm khidupan..dab ak bljr btapa susahnya unt mncari wang..ehem dan I got note 2 on my birthday...
*nak mention jugak*

Oh ye..pasti ramai yang menyebut tentang azam tahun baru..bukan saiful azam atau mohd azam ye..tapu ni azam diri sndiri..apa azam aku ye?
1. Nak drive kereta di kuala lumpur
2. Nak ambil lesen motor
3. Menyelesaikan azam2 tahun lepas..haha
4. Kahwin?? Pasti tidak..lambat lagi yang ni..hee
5. Ermmm..xtaw dah..tu je kot..

Oklah..selamat berakhir tahun semua..tahun 2012 yang sgt bermakna..


*baru sahaja berusia 24 tahun dan 18 hari. Muda lagi kan*

30 December 2012

yakin

Assalamualaikum...

First time nak update blog guna note 2..alhamdulillah da dpt apa yang aku impikan..samsung galaxy note 2..syukur sgt2..

Hurm..aku tak tahu apa kesudahannya..yang pasti aku mahukannya..bila mana ak kata mahu..means ak betol2 mahu..aku serius..

Sedang berusaha mengejar impian


Mahu doa banyak supaya pilihan yg sy ambil tepat..

*hasil gambar yg diedit guna photo editor dlm note 2*

13 December 2012

untuk saya

assalamualaikum dan selamat pagi :)

Hari yang dinanti telah tiba..Bagai cepat masa berlalu..sekejap sahaja umurku telah mencecah angka 24 tahun.. Semakin hari semakin matang.. Terimakasih ya Allah atas kurniaan umur yang panjang untuk aku..syukur masih diberikan nafas dan nikmat hidup di dunia..alhamdulillah..

buat mak, antara yang terawal menghantar mesej malam td..tq mak..luv u so much..

Buat marliana, terima kasih juga menjadi sebahagian sahabat aku..umur dan pangkat tidak membezakan kita untuk terus menjadi sahabat..Ukhwah fillah ya ukhti ^_^

Buat ummi kalthum, tq atas ucapan dan nasihat yang tak ternilai..semoga aku dapat mengubah kehidupan yang sudah byk terumbang ambing ni.

Buat Mohd Sabirin, oh tak sangka kau akan ingat birthday aku..mungkin terlihat di facebook..anyway tq ^_^

Buat anak sedara, Fauzi Naqiuddin terima kasih atas panggilan pg td.. maksu tgh sibuk nak g kerja td..

Buat kalian yang memberi ucapan baik di handphone mahupon di facebook, aku ucapkan terima kaseh..

Juga tak lupa buat kenalan rapat di universiti, sekolah mahupon di office..terima kasih

 

12 December 2012

setengah mati merindu


 JUDIKA~setengah mati merindu~

 

Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain
Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang (terus terang)

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu

19 November 2012

hilang

assalamualaikum..

hilang..mungkin itu apa yang aku rasakan..kehilangan sesuatu atau seseorang..yeah sangat terasa aura2 kehilangan bagaikan tiba..tapi bila saja berkenalan dengan tut2 nya..aku jadi happy..yeay happy untuk dirimu sahabat..tahniah aku ucapkan..aku taw aku xkan kehilangan kau..kau msh ada untuk mendengar potpet potpet mulut aku berbicara kan..yea..kau masih ada..

kini, aku sedar, ohh kami semua dah dewasa..yea dewasa atau erti kata lain kami bukan kanak2 ribena lagi..jadi tolong..tlg fikir masa depan..huhu walau perjalan masih tersangat jauh..tapi tolong ingat usia kita semakin meningkat..sering sahaja aku akui usia baru 18 tahun..haha *perasan habis*

ermm nampaknya, kehilangan pasti akan bertambah dengan kehadiran..begitulah lumrah alam.. :)
takpe..saya rela kehilangan kau sekejap..tapi kau akan kembali berdua kan..hahaha oh my oh my..aku sangat happy ni..tak terkata.. :)

TAHNIAH!! 

05 November 2012

papa

assalamualaikum dan selamat petang..

hari isnin..kata orang "monday blues"..memang pon..rasa malas sangat nak pergi kerja td..huhu xpuas berweekend lah..
baru sekejap tadi kaklong call..katanya di balok kuantan..oh ye..papa kan ada appointment hari ni..hurmm
katanya papa masih lagi ada batu karang..masih lagi besar penumbuk..ya allah sehatkan papa yea..semoga papa sembuh seperti sediakala..
raya baru2 ni aku terkejut lihat papa boleh berjalan sendiri tanpa menggunakan tongkat mahupun kerusi roda..kata papa baru 2,3 hari dia begitu..tapi walaubagaimanapun, papa still menggunakan wheelchair untuk keperluannya berjalan jauh..hee :)
17 januari ni papa kene cucuk ubat bius..hurmm dan 31 januari papa kene operate..ya allah kuatkan semangat papa yea..aku berharap agar papa xperlu kene operation..harap sangat..xsanggup nak tengok papa kene operate..huhu tiba2 sebak..rasa nk balik pahang sekarang je..

*doakan papa saya sentiasa sehat walafiat..dan harap2 papa xperlu operation*

02 November 2012

makna atau hanya sekadar mainan?

assalamualaikum dan selamat pagi..
sudah masuk bulan november kan..pejam celik pejam celik sekajap je dah 2 bulan aku bekerja..sebenarnya sudah 2 malam aku bermimpi buruk..takut juga dgn mimpi itu..adakah mempunyai maksud tersembunyi atau sekadar mainan tidur? kadang terasa keluhkesah pula..hendak kuabaikan tapi makin kerap pula menggangu malamku..apa ini? puas aku google maksud mimpi tersebut..tapi macam merepek je..sape pula yang ***** aku? teman pon tiada inikan pula kekasih hati...hahaha
buat masa ini abaikan saja lah..wait and see ;p

25 October 2012

rewards

hye all..

i would like to share some information about reward..Maybe u have seen this pepatah before, "what u give u will get back"..now, i believe that words..
actually i'm here to say more about sin..yes! buat baik dibalas baik..buat jahat Allah masih ampunkan dosa kita..
the reward will come now or later with or without we know..thats mean, apa saja yang kita lakukan pasti akan mendapat pembalasan juga..maka beringatlah, apa sahaja yang kita lakukan Allah maha mengetahui..
"Mati hati seseorang itu sekiranya ia sudah tidak gentar/takut dengan balasan tuhan"..maka dengan itu, marilah kita hidupkan kembali hati2 yg telah pengsan ini..
"keindahan dunia hanya sementara, kembalilah kepada Allah yang maha esa"

*mudah-mudahan hati ini kembali mekar bersinar indah dengan zikir dan basmalah..insyaallah..

16 October 2012

G-Day 2011/2012

Assalamualaikum sekalian manusia dan makhluk Allah..

Alhamdulillah aku panjatkan infiniti kesyukuran kepadamu kerana telah memakbulkan permintaan aku..akhirnya setelah bertungkus-lumus, berhempas pulas selama berada di Universiti Malaya, aku berjaya graduasi pada tahun ini..

Tarikh keramat yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba jua.. 4 Oktober 2012 sungguh bermakna buat aku..dengan langkah penuh bergaya dan penuh erti serta penuh kesyukuran aku menerima segulung ijazah dari pro canselor 3 UM..syukur sangat2..

Dengan ini aku sekarang sudah bergelar Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik.. Memang ini yang aku impikan dari dulu..sejak kecil diri ini sudah terdidik untuk meminati bidang matematik.Alhamdulillah berkat doa semua org aku berjaya sampai ke tahap ini..

Terima kasih aku ucapkan kepada mak, abah, kaklong, abg ngah, abg fadil, kak wani dan anak2 buah aku kerana x putus2 memberi harapan dan  mendoakan kejayaan aku. Terima Kasih!! Buat semua pensyarah yg pernah mengajar aku secara langsung ataupon tidak aku ucapkan terima kasih..Aku sayang semua pensyarah aku..Buat rakan seperjuangan intake 2007/2008 dan juga intake 2008/2009 terima kasih banyak memberi tunjuk ajar..Buat sahabat2 PALAPES yang sentiasa memberi sokongan padu terima kasih kalian!Kalian sahabat sejati.. Dan untuk sesiapa sahaja yg pernah memberi tunjuk ajar dan x putus2 mendoakan aku, terima kasih juga!! LOVE u ALL..

Buat tatapan kalian semua,
bersama coursemate 

oversea ni UK

wahh..pandang ape tu?

Ini saya!!!

berjalan penuh gaya~

my family..abah,mak,kaklong,abgngah,adik

riang bersama~

saya lagi!! ^_^

celebrate with palapesian and cake

ketawa bersama, menangis bersama..kami ROTU UM

Sekian.
Aku dah graduasi!!!! Yahuuuuuuuu...











25 September 2012

aku kau dan dia


saja nak post lagu nih..

Maafkanlah diriku ini
perpisahanku ini
semua kutahu sayang kau kepadaku
tapi semua tak mungkin
oh sayangku peluk aku
lupa jua kenangan lalu
tiada kupinta oh jadi begini
oh kasih pahamilah

Korus:
Maafkanlah maafkanlah diriku
walau kau masih di hatiku
oh tinggalkan tinggalkan diriku
sayang maafkanlah diriku

Kutahu sakitnya hatimu
tapi percayalah padaku
kau akan menemui teman yang baru
yang kan lebih sayangimu

Ulang Korus

Tiada guna kau merayu lagi kasih
karna ku kini telah berdua

Ulang Korus

14 September 2012

cinta itu buta

assalamualaikum semua..

kali ini aku membawa topik cinta..tapi cinta itu buta..iye semua kawan2..cinta itu sememangnya buta..cinta mana ade mata nak tengok kan? ermm ada yang sanggup bercinta jarak jauh..ade yang sanggup bercinta melalui internet..perkenalan di alam maya..katanya indah..ye mungkin indah! tapi mana kita taw, entah2 indah khabar dari rupa =)

ermm..lagi aku katakan buta kerana ade yang sanggup berhabis duit $$ semata-mata untuk bergayut setiap malam bersama kekasih tersayang..ade yang sanggup menghabiskan masa weekend dengan pergi berdating bersama boifren/girlfren tercinta..konon2nya cinta..
*kan sudah sy katakan..cinta itu buta*

erm ada lagi yang hanya mampu mencintai seseorang dari jauh! ia itu dinamakan cinta tetapi xdapat memiliki!! ade juga yang sanggup bermadu dalam percintaan..eh!, aku ingat kahwin je ade madu2 ni..xsangka cinta pon ada madu2 jugak yea..hurmm macam2..xpelah~ as long as semua org yg bercinta tu bahagia sudahlah..kan?

bagi aku pula--> dah lama tidak bercinta..bukan x mahu..dan bukan tiada siapa mahu..tapi entah..mungkin kenagan lama menggamit perasaan..dan menyebabkan susah untuk aku menerima cinta baru..aku hanya beranggapan alaa, ini cuma mainan perasaan..bukannya aku cinta padamu..hilang kamu di depan mata, maka hilang juga cinta itu..ahaa bagi yang x serik2 mahu "cinta" aku, nah kejap lagi aku bagi tips macam mana nak menangi hati perempuan..hahahaha

oh yea..by the way..bagi sapa2 yg sedang dilamun cinta, jangan terlalu taksub dengan cinta ok!!

ini tips menangi hati perempuan

  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi.
  • Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. .
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho’an kamu!
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
  • Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

buat kamu di luar sana, selamat berusaha memenangi hati wanita pilihanmu~ terimakasih..hehehe

p/s oh aku ada presentation sebentar lagi..doakan aku x gugup peace (y)

05 September 2012

episod baru

salam..

alhamdulillah..segala penat lelah selama 8 minggu internship telah terbayar dengan cuti raya dan sedikit elaun dari mr Akram..hurmm bestnya raya!! wink3 ;)

Terima kasih kepada semua yg terlibat semasa LI hari tu..dan juga bos yg sgt baik..tq boss!!

Alhamdulillah raya menjelma dan berjaya menyambut raya bersama family..cuma abah aje yg tibe admit hospital ms raya ketiga..ohh sedih :(

10 hari abah di wad..sakit gout, batu karang, buah pinggang rosak dan juga ada darah tinggi.. penyakit berantai..banyak sangat sakitnya..doakan abah saya sehat ye :)

ahad lalu..2 sept berat hati balik kl..serius..sbb abah sakit..dia xleh jalan..syukur ada kerusi roda membantu pergerakan abah ke mana2..hurmm selasa pagi kaklong bw abah berubat kampung di melaka..moga2 penyakit batu karang abah berkurang la yea..

dan isnin 3 sept, bermulalah episod baru dalam hidupku..yang mana aku bukan lagi seorang pelajar..aku sudah menjadi seorang pekerja..bertempat di Petaling Jaya seksyen 14..dan jawatan aku disini sebagai Junior Application Speciallist..bunyi pelik..bunyi gah! tapi bekerja dengan teknologi..calculator dan software..huishh!! takot kan??

Fisrt day datang aku dapat meja, kerusi empuk, lappy jenama HP, access card dan of course calculator TI-84 Plus.. oh yeahh..bekerja lah aku dengan calculator..dah 3 hari mengadap calculator baru nih..jakun siot!! hahaha dan minggu depan hari jumaat ade presentation..huishh mudah2an semuanya ok..

doakan saya tabah mengharungi kehidupan baru!! dan xlupa tolong doakan kesejahteraan abah saya ye..tq u all..

with love..
immjeff


01 August 2012

happy friendship day G12

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Kawan-kawan..especially G12..korang ingat tak lagi hari ni hari ape?? hari ni la hari kawan sedunia. Masih segar dalam ingatan aku kita saling bertukar-tukar kad..semuanya hand making rite? ada warna merah, pink, hijau, kuning, hitam...ish banayak lagi la warnanya..korang taw, aku masih simpan elok kad korang tu..dengan kad raya pon aku simpan..


Kalau tengok balik, memang nak tergelak pon ade..tapi serius aku rindu korang G12. Korang la sahabat aku bernakal-nakal di sekolah..aicehh sahabat bersama main kejar-kejar dgn cikgu..sama-sama ponteng prep..oh dan satu lagi sama-sama pg mandi kat kolah time xde air kat aspuri..kannn?? 

Eh diam tak diam dah 2 org dr G12 selamat mendirikan rumahtangga..aku doakan agar kalian bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah hendaknya..oh yea buat farra dyla yg bakal berkahwin november ni, aku ucapkan tahniah! advanced speech unt dyla..hehe buat rakan-rakan lain yang nak mendirikan masjid silalah jemput aku yea..

oh dan yea, aku dan salmi bakal graduasi bulan oktober ini..jd kamu semua datanglah meraikan kami..hik2 excited lebih nak konvo nih..erm dan yea semoga semua murah rezeki..selamat berpuasa kawan-kawan..
--> advance speech "selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin"


nak wish lagi.. HAPPY BIRTHDAY IZDIHAR..

30 July 2012

be strong

assalamualaikum dan selamat pagi..

lately semua bercampur baur..nak kata sedih happy la jugak..nak kata happy xdelah happy sangat..tanda-tanda positif dah nampak..tapi bilamana malam tadi rasa macam hancur berkecai..

mana mungkin aku mengaku tidak untuk semua persoalan itu..eceh seselenge2 aku ni, ade jugak aku rasa segan..walaupon kadang2 aku main cakap lepas je..

dan hati ini..nampaknya rapuh sangat..terlalu rapuh..yang mata ni pon satu..xhabis2 masuk habuk..aishh relax naim..relax..naim kan kool..ape sangat setakat ayat-ayat mcm tu..

kalau boleh xnak ambil hati..xnak terasa..tapi mlm td rasa tu datang sgt2..ada di hati dan mcm merebak ke jantung, paru-paru, sebahagiannya sudah sampai ke limpa, otak dan impulse..

sudahnya pagi tadi tangan aku melecur dek kerana terfikir perihal malam tadi..maaflah kalau gurauan aku terlalu halus sampai buat kau gundah gulana, buat kau xsenang duduk mcm cacing kepanasan..tapi itulah hakikat..aku x penah bergurau ms aku katakan pada kau..

ok start hari ni, cuba melupakan apa yang terjadi..maaf..tapi sangat sakit..aku sakit..sakit..sakit..
"i'm not strong enough, but i will try to be a strong girl..and off course being a good girl"

25 July 2012

cinta matematik

 Apa ini??
Inilah cinta..
Macam Matematik..
Nampak mudah..
Mudah untuk dibaca..
Tapi payah untuk dikota..
Mudah untuk dilihat..
Tapi payah untuk diselesaikan

23 July 2012

salam ramadhan

asslamualaikum dan selamat pagi buat semua..

kini telah tiba bulan yang mulia..Ramadhan Al-Mubarak..semoga Ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin..semoga ramadhan ini memberi seribu ohh patuttnya sejuta keberkatan..semoga kita semua menjadi seorang yang kuat, tabah dan bertambah tinggi iman di buan ini..

ramadhan tiba tapi kerja tetap kerja..tiada istilah bulan puasa letih xlarat kerja...diharapkan ramadhan kali ini tidak disia-siakan..

oh ye ade sedikit info untuk semua yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya..semoga dapat digunakan sebagai panduan..insyaallah..



didoakan buat semua umat islam di seluruh dunia, semoga bertambah amal dan kekuatan iman di bulan yg mulia..amiinnn..insyaallah...

salam ramadhan..

12 July 2012

segan

assalamualaikum dan selamat tengahari..

aishh..segan dalam hati..malu dengan diri..rasa xnak terjumpa..secara sengaja atau tak sengaja..anggap jela gurauan..jgn fikir2 lagi..kerana mulut manis itu mulut yg berbisa..

*sebenarnya skrg ni rasa macam nak demam lak..dah start batuk2..sakit tekak aku..perit..sungguh!!

06 July 2012

maafkan saya

assalamualaikum dan selamat pagi..

syukur..masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..lately rasa seakan bersalah sangat..ya Allah ampunkan aku..aku byk buat salah padamu..ampunkan aku ya Allah..kuatkanlah aku..tabahkanlah diriku..tetapkanlah imanku ya Allah..

~kuputuskan semua hubungan hanya untukmu ya rab~


27 June 2012

habis exam kita intern

asslamualaikum dan selamat pagi semua

dah agak lama aku tinggalkan blog ni..mahu menulis tapi keadaan tak mengizinkan. peperiksaan telah berakhir dengan agak memberangkan..cumanya aku takot mahu berhadapan dengan result exam yg bakal keluar xlama lagi. terasa seperti xmahu cek result. hari-hari berdoa agar hati lecturer lembut tanda kertas jawapan aku..moga2 tiada satu paper pon sangkot. aku mahu grad semester ini..

sekarang menjalani latihan industri atau praktikal la org biasa sebut2 kan.. syarikat pilihan hati IMAF Sdn Bhd yg terletak di Wisma UOA II berhadapan dgn KLCC..sebut pasal klcc mmg gah je bunyinya. tapi aku sbnarnya masih xtaw keje ape sepatutnya aku buat di sini. sebabnya aku masih belum diberi task untuk memmbuat sebarang keje. sekarang ni mengadap pc dan duduk di kerusi empuk..kadang2 aku buat-buat macam ada kerja..hakikatnya aku hanya duduk melanguk depan pc.

ehem..nak kenalkan officemate..sebelah aku ni intern jugak dari fak ekonomi UM. namanya hassan dari shanghai china.. belakang aku sikit ali dari arab saudi..belakang ali ni ade khalid lak..juga dari somalia..keduanya dari fak bisnes..aihh bos lak mr akram n anak bos abdul rahman juga org arab..sudahnya aku the only one org melayu dlm kompeni ni dan aku juga ladies kat sini..terima saja la..tabah! 

oh yea..dan hari2 aku kene speaking dengan mereka2 semua..ya Allah..berbelit lidah nak bercakap..sudahnya aku jadi pendiam..hahah hampeh kan..org periang mcm aku boleh diam? talkative mcm aku ni diam seribu bahasa..bila penting je aku akan bersuara..hahaha nasib badan.. tapi yg bagusnya mereka2 xpernah ganggu kehidupan aku..mereka semua muslim..alahamdulillah.. sembahyang semua..syukur ya Allah..di sini bolehlah aku improve english.

tu je kot nak cerita..nt ade ms ak blogging lagi..aihh rindu kamu my blog..


25 May 2012

ujian akhir

salam sayang dan selamat malam..

berakhir sudah test untuk semester ini..mudah-mudahan test td merupakan test paling terakhir untuk degree aku ini.sesungguhnya aku pon sudah tak sanggup duduk di sini untuk degree ini..

seakan terasa sudah habis exam..haihh dugaan buat final year student kan..assignment design pula sudah disiapkan..alhamdulillah..ramai yang membantu disaat aku begitu buntu..terima kasih Gobi, yaya, adam, zul dan semua yang membantu..

dan sekarang bersama gee di fak ekonomi..mata mengantuk sikit.tapi still ok je..sbb ad lappy teman..haha tolong ajar gee sikit2 pasal inventori..aceh..cikgu kan..mudah2an berkat ilmu kan..

oh yea..nak wish satu benda..HAPPY BIRTHDAY AZWAN!!


22 May 2012

minggu busy

salam dan selamat tengahari semua

bilamana aku tulis tajuk minggu yang busy, aku harap xde sapa2 yang menggangu kehidupan aku selama seminggu ni..time ni la baru nak dapat assignment yg ahli groupnya masih belum diketahui. masa ni jugak dapat assignment nak kene submit paling lewat hari jumaat 1200..lebih 1 minit markah dapat 0..

BAHANG GRADUASI SUDAH TERASA
dan dengan ini khamis ni pulak aku ada test inventori yang mana confirm soalannya mcm test 1..kira sangat banyak macam nak keluar asap kalkulator tu kene tekan. bukan PRESS calculator tapi PUNCH calculator..sampai tahap macam tu sekali aku kene jawab test..

alhamdulillah untuk result test yang lepas2 everythimg is ok..MONTE CARLO yang digeruni akhirnya berjaya mendapat A-. FURTHER STAT dapat gred 3 lagi, tapi secara overall dapat gred  7. yang lain2 lom dapat result overall..semoga semester terakhir ini berakhir dengan baik sekali..aminnn..


dan sekarang masa untuk meneruskan study..JOM!!!

11 May 2012

relax ?@_@?

assalamualaikum dan selamat tengahari

masa untuk aku merelexkan diri sikit dengan segala test bagai isnin,rabu n khamis lepas.. hari ni friday dah..so relax..study sikit2 sambil update antivirus..sambil tulis blog..sambil facebooking..sambil dgr lagu..wah banyaknya kerja sambilan aku..

biasalah..release tension la konon.dan malam tadi qada' tidur..almost a week ak asyik tidur lambat..so malam tadi belasah cukup2 tidur..best betol dapat tidur ni..nikmat!!

jadi, sebenarnya hari ni nak start study further math stat..selasa ni ade test lagi..oh dan ye sebelum tu ada kuiz nonparametric pg selasa tu juga..haha sabow jela..

oleh itu..mari-mari study bersama aku! dan sambil relax juga..

09 May 2012

oh please..

assalamualaikum dan selamat pagi buta..

terlalu banyak perubahan yang berlaku.
tolong..aku xmahu semua itu.
jadi tolong..cuma jadi kawan aku.
aku takut.bukan xmahu.
aku takut terbeban.
aku takut keciwa.
aku takut derita.
jadi maaf.
bukan mahu kecewakan kau.
bukan mahu sakiti kau.
bukan mahu permainkan kau.

tidak.tidak.tidak.

aku cuma nak kau tahu.
yang aku serik untuk jatuh cinta lagi.
aku takut.
jadi plz..
tolong hanya jadi kawan aku.
itu mencukupi kan.
persahabatan yang ikhlas tidak perlukan sebarang hubungan

p/s kau kata kau ikhlas kan..

02 May 2012

@};-

assalamualaikum dan selamat pagi

malam tadi buat saya happy

doakan kebahagiaan saya

saya tunggu

tak salah kan kalau sudah mula dalam diam

encik pemberi semangat, (saya suka awak)

terima kasih atas @};- ini

appreciate!!

30 April 2012

aduhai cinta...

assalamualaikum dan selamat pagi

baru-baru ni aku ada baca 1 novel..tajuknya "aduhai cinta"

ahaa..ini kisah novel pompuan ni ade skandal..time2 msh single xpela ko nak skandal bagai..tapi bila dah kahwin aku x setuju pompuan ni skandal2..syg mana pon..cinta mana pon..lupakan sajalah..perempuan mana boleh kahwen lebih mcm lelaki..so xleh la nak bercinta ngan lelaki lain kalau dah kawen kan..

*aishh..emo pulak aku*

ceritanya lebih kurang sama cuma keadaannya berbeza..huhu woo sampai bengkak2 mata aku bc novel tu..
*sy mmg sensitif terlebih*

ayat-ayat yg mengusik hatiku

1. pantai tak akan jemu menagih dari ombaknya
2. pantai akan tersadai tanpa ombak. ombak itulah kekuatan pantai
3.cinta ini bukan untuk memilikitapi sekadar menyintai dan menumpang dicintai. Aku hanya ingin menumpang setitis cintamu.

cumanya aku kagum dengan lelaki ni..namanya Fard Fahim..begitu teguh cintanya pada suri abadi..hingga ke akhir hayatnya..walaupon dia juga sudah beristeri..mcm teguhnya taj mahal barangkali..

itulah cinta..x kenal erti buta atau celik..kalau dah cinta..macam2 boleh terjadi..tapi kene ingat..sayang manusia berpada-pada..manusia akan mati akhirnya..
cintailah Allah yang Maha Esa..kekal abadi selamanya..

28 April 2012

antivirus

selamat tengahari semua..

hari ni aku mendownload karpersky internet security 2012 kat dlm netty aku..actually aku beli ni online je..harga rm23 untuk 1 user..

ok tolong promote yea..sape2 berminat boleh pm aku..ak belikan..
1 user rm23

murah-murah je kan..so sape berminat jgn lupa pm aku..x rugi keluarkan rm23 untuk setahun..demi melindungi pc anda..chewahhh

25 April 2012

zauj

berkisar tajuk di atas..

ramai kawan-kawan yang sudah mempunyai zauj..baiti jannati kata mereka..
yang paling hebat adik2 junior sekolah sudah ada rumah dan tangga..
wahh..akak ni masih sekolah lg dik..
xpe..pasti satu hari nanti aku kan punya zauj sendiri..

*janganbilangsekarangpastikutolak*
selamat tengahari..

rasa x selesa.. rasa berdebar-debar..

jgn bermain kata-kata dgn aku..

sbb kata-kata itu menyeksakan..

pintu hati belum terbuka..

maaf..

selesa begini..

28 March 2012

concern

kau tak nampak ke aku concern dekat kau?
takkan itu pon kau xleh paham kot..
aku bagi hint sikit-sikit cukupla..
lama-lama hint tu jadi bukit..
takkan aku nak inform lebih-lebih pulak

¬a little is much2 better than never

23 March 2012

detik itu

setiap kali memandangmu
hatiku terdetik sesuatu
perasaan yang cukup indah
aku akui yang dirimu terbaik
kau permata yang menyinari hidupku
kau akan kuingati selalu
kau selalu di fikiranku

terkadang aku persoalkan
di mana pelindung tulang rusukku
sehingga kini tak aku jumpai
atau mungkin ada di depan mata
tetapi aku xmahu akui

soal rupa paras bukan ukuran
cukup sekadar sedap mata memandang
cukup andai solatnya penuh 5 waktu
cukup bagiku yang sederhana

andai benar dia,
dekatkanlah denganku
andai bukan
kekalkanlah dia sebagai teman seperjuangan
aaminn ya rabbal 'alamin

21 March 2012

sederhana

tidak aku minta lebih
tidak aku mahu juga kurang
sekadar sederhana
cukup sebanyak itu

sering tercari-cari kehadirannya
di manakah?
tak mahu munculkah?
atau aku yg tidak mencari?

bersabar
itu yang penting
pasti akan ku temui
satu hari nanti

~immjeff~

19 March 2012

rahsia

rahsia antara hati dan jiwa
kusimpan rapat di dalamnya
ingin ku rungkai
tapi manakan bisa
mungkin menjadi sengketa

rahsia antara si pencipta dan hambanya
hanya dia yang tahu
yang mengerti isi hatiku
sentiasa membantu sembuh lukaku

rahsia antara kita
hanya kita yang tahu
jangan diucap
jangan disimpan
jangan terucap
jangan berdendam
hanya kita

~immjeff~

05 March 2012

penang island

salam..

telah lama aku tinggalkan dunia blogging..rasa nak menulis macam2 cerita..tp ak x punya masa yg banyak..ahh alasan semua tu kan!!
aku sekarang bz dengan mencari ilmu..mencari tempat2 praktikal nanti..mencari ketenangan..mencari kedamaian..dan x lupa..mencari jodoh..ahah mcm wali band lak..
weekend baru2 ni aku ke penang..yea pulau pinang..ehh rindu zaman kadet..tauliah kat USM dulu..ermm g jalan2 sana-sini..sampai longlai kaki ni..
~vous manquez trop~
cakap banyak pon x guna..aku kasi gambar jela..tp xbanyak pon.

syikin dan imm

rel ketapi bukit bendera

jalan tuanku yahya petra

menghirup udara segar di puncak bukit bendera
*puncak la sangat*

pantai batu feringgi

padang kota lama
*imm, taufiq, kikin*

meriam kat belakang tu

sampai sini je..papai..enjoy reading